Friday, December 11, 2015

FOOD PORN!

Lepas final sem 1 ni nak focus dekat blog ni lah.

i ingat nak jadikan blog ni sebagai blog food porn!

Since i suka makan. I suka makan, Lepas bf i yang tak guna tu curang dengan i i punya kuat makan tu lagi macam cannot control tau! biarlah gemok pun because gemok is ohsem so yeah why botherrrrrrr ahahaha.

Korang rasa macam mana?

Aahhhh mesti lah takde orang responnnn sbb blog ni blog krik krik.

Tkpe i suka bebel sorang.

bla bla bla bla.

hahahaha act i banyak assigment tapi malas nak buat!

erghhh cmon peah~

I kan harap sangat takde orang baca entry i yang sebelum ni. Sebab i sendiri tgk i yang sedih banyak cacat sana sini! omg

Haha

Okay tu je, take care everyone!

INTERVIEW IJAZAH KAUNSELING DI UM

Hi everyone! Lama dah tak menaip! do you miss me?

Rasanya tak kot since blog ni susah nak jumpa. Haha i dah try okay and i tak dapat nak cari blog ni omg haha.

So many things happend in my life lately. Contohnya my bf yang i dah dating dengan dia selama 4 tahun curang dengan i. Like whut...

Sedih tapi cmon orang yang baik untuk orang yang baik, kan? so i happy because Allah dah tunjuk dia tu orang yang macam mana,

okay okay nak cerita pasal interview dekat UM ni.

I pergi interview untuk course ijazah kaunseling. Tak sangka dapat sebab i dah masuk ukm masa tu. Tapi i pergi jugak sebab i memang minat kaunseling ni. and i nak try jugak pengalaman pergi interview. Sebelum ni kalau ingatlah, i went to iv dekat upsi and i gagal dengan jayanya sebab gugup.


So this time i pergi sebab diri sendiri. Nak buat balik semula.

So i dapat iv hari khamis petang.

I lambat. dekat email dorang suruh dapat 30 minutes early tapi i sampai pukul 2 something haha.

Sebab sesat. mak aiii. Nak cari fakulti pendidikan tu pun dah 30minutes tau.

So dah sampai i masuk dkt auditorium pendidikan. Tunggu utk register. Sementara tunggu dorang pasang cerita labu labi. Ewahhh kemain eh, tapi sebab nervous kan so macam labu labi tu jadi samar samar je.

Masa tu keep in mind takpe tak dapat sebab dah sambung dekat UKM. Tapi dalam hati nak jgk sbb memang minat kaunseling. Haha tu ayat nak sedapkan hati je.

So masa dekat sana i dapat tahu ada jugak budak mcm i yang dah sambung study tapi pergi jugak iv ni sebab minat kaunseling. Budak tu study dekat unisza.

I group 1, so i ingat i lah yang masuk awal blah awal. Rupanya I yang paling akhir, group paling akhir dkt auditorium tu!

Okay lepastu i tengok lah labu labi walaupun otak dkt afrika masa tu. Haha

Dah dalam sejam jugak baru nama i panggil masa tu macam bam! Finally! i boleh keluar dari sini, Sebab i nak keluar awal.

Then, i masuk, Masa tu ada dua panel and i sorang candidate. Sebijik macam dekat upsi. Haih mengimbau kenangan betul.

Panel tu cute lah. Soalan yang dia bagi pun boleh tahan cute.

Kalau yang lain yang i baca dkt blog soalan yang dia tanya latar belakang and bla bla.

I pulak dia tak tanya my background ;')))


"Kenapa ambik kaunseling?""Wow semangatnya jawapan awak""Awak takde ke join kebudayaan?" (i tak join kebudayaan sebab i budak sukan kot haha) ( i guess kalau  ada join kebudayaan maybe dapat sikit advantage. i dont know)
"Saya tak faham awak cakap apa" (yang ni haha i nervous kan so yeah faham lah kenapa dia tak faham sebab i pun tak faham apa i carut masa tu)
" Tengok muet dia ni test cepat" ( lol muet i band 3 je terus kau blank takut dah, bcs dekat blog takde pun yang cakap ada soalan in english! i jawa kot! )
" Ramai graduan kaunseling tak dapat kerja after grade salah siapa? um or student?" ni soalan in BI.
" Patut atau tidak kaunseling ni di wujudkan di public university?" ni soalan BI.


Ni antara soalan yang i ingat. ada banyak lagi lagi yang english tu,

I asyik kena gelak je dengan panel tu tapi nasib baik lah i keep talking je. Macam biar lah i know my answers tu agak kelakar ke asalkan i cakap kan?
And tu jelah. Habis~

Haha, i tak letak harapan yang tinggi. Kalau dapat i kena fikir sama ada nak keluar dari UKM ke tak, tu pun problem jugak, UKM best tapi course yang i ambik now bukan something yang i betul betul suka. Do something yang bukan minat ni berat tau. Sebab everyday soalkan dekat diri why did i take this subject as my majorrrrrrrrrr uwaaaaa~~~~

But yang lain lain UKM is the best lah the food enviroment and semua okay. So kalau tak dapat kaunseling ni bye bye lah.

Tu je! good luck utk candidates yang akan datang!



Sunday, July 26, 2015

MEDSI

MEDSI.

so tulah yang aku nak borak harini.

Tbh aku sendiri tak tahu medsi ni stand for what sebab dah lupa and second sebab aku malas nak google.

Kalau korang ada apply mana mana ipta course pendidikan korang kena duduk ujian medsi ni. Lepas lulus baru lah korang move to the next stage iaitu interview.

Lepas aku apply upu haritu aku dpt panggilan medsi, ijazah pendidikan sejarah dekat upsi tanjung malim.
Masa tu aku baru habis kenduri kahwin kakak aku. Aku agak blur masatu bila cikgu aku sampaikan berita ni.

Cikgu medsi ni apa?

Cikgu aku just jawab, engko google lah cikgu pun tak sure sebab masa cikgu dulu semua ni takde.

Masatu aku google dan jumpa lah beberapa pengalaman dorang. Tapi majority yang aku dpt semua tak bagitau details banyak borak psl interview daripada medsi.

Aku ni jenis tak suka lah tak prepare awal. Aku kena ada ilmu di dada penuh baru aku punya confidence level naik tinggi.

Then aku teringat something, ah ha!  Aku ada senior lah yg dah jadi pelajar upsi. Mesti beliau pun ambik medsi ni kalau tak takkan dia boleh jadi pelajar upsi, kan?

Aku pun add wechat dia. Lepastu bila aku tanya dia Akak acane eh medsi ni saya pun dpt medsi ni tapi mcm nak tahu lah pengalaman akak mcm mana.

Dia replied sorry lah akak busy later akak bagitau k

Masatu aku fikir oklah busy. Tp aku pelik busy boleh updated pelbagai activities dkt wechat. Boleh siap berselfie lagi. Masatu aku mula fikir aku kena do my own research. Tak boleh harapkan orang. Sampai lah aku dah balik upsi baru dia msg aku good luck adik huhuhuhu

Okay apa yg aku buat ialah aku google soalan dia. Medsi ni ada 300 soalan dan soalan dia agak mengarut. Contoh, pernahkah anda bercinta? Wait what? Mestilah pernah gila ko tak pernah. So i said yes. Banyak soalan mcm tu so korang kena jujur sebab dia akan ulang soalan sama sebab nak detect korang menipu atau tak. Medsi ni ada buku medsi jual dkt MPH or POPULAR tapi aku suggest kan takyah lah membazir je.

Google je contoh soalan medsi nanti akan muncul korang buat latihan dkt situ je. Korang jawab ikut course korang. Contoh kalau course korang tu pendidikan sukan & permainan and ada soalan tu tanya adakah anda suka berkerja di makmal? Jawab lah tidak walaupun ko suka sbb course kau lain sgt dah dengan makmal tu.

Kalau soalan jenis pasal diri sendiri korang kena lah pura pura mcm engko ni friendly walhal engko lah manusia paling sukar bergaul dkt Malaysia ni. Contoh adakah anda mudah bergaul dengan orang yang baru anda temui? Jawab dengan yakin ya.

Nama pun ada 300 soalan mestilah macam macam dia tanya so korang kena lah lebih berhati hati. Kalau ada pilihan jawapan setuju, sangat setuju,  tidak setuju, sangat tidak setuju korang ambik yang sangat setuju atau sangat tidak setuju. Sebab as a teacher kau mesti confident dengan jawapan kau.

Lagi satu medsi ni dia mcm kau kena bayangkan diri kau as a teacher. Haaa. Nampak mudah tp nak lulus tak mudah so jgn padang enteng. Kawan aku sorang je lulus medsi ni termasuk lah aku.

Alhamdulillah aku lulus dan aku cuma ikut step ni je.

Masa jawab sejam lebih je. Tapi aku jawab 30mins je dah blah. Sebab aku malas nak duduk dlm bilik tu lelama.

Oh ya,  jawab guna computer biasakan senyum dkt pengawas yang jaga. Kalau kau jenis buta IT kau boleh lah mintak tolong jiran sebelah. Jangan malu. Make a new friend ok? 

Lepas a few weeks result keluar dan aku lulus aku dpt interview. Ni nanti aku borak di lain entry.

Aku dulu medsi 1 sesi 4 petang. Korang?



Thursday, July 16, 2015

Selamat hari raya.

Selamat hari raya. Tahun ni aku tak balik jawa sebab ekonomi tak stabil. Dengan ini aku nak bagi ucapan raya utk semua yang usha blog aku ni.

Nyimpan jenang nang jero tin
Ngesok arek digowo mareng suro
Keluputan kulo lahir batin
Salah silap njlok dingapuro

Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong Jowo
Dino royo njalok ngapuro

Mangan kupat karo serunding
Meneh enak sambel ditotoli
Emboh kapan nek arek runding
Reroyo kito tahun iki?

Ngodok kupat nang ngisor ondo
Godong'e nipah digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng taun ngarep

Royo-royo coti sekolah
Mangan sego lawuh'e iwak patin
Keluputan kulo seng akeh-akeh
Njalok dingapuro lahir batin....

Godok ketupat nang ngisor ondo
Godonge palas digawe atep
Salah silapku njalok ngapuro
Ketemu meneng nang taun ngarep

Buko poso lawuh'e gereh
Njegor sunge dicaplok boyo
Keluputanku sing akeh-akeh
Kito 0 - 0 lah yo..!

Selamat hari raya Maaf Zahir&Batin semua.

Ramadhan.

It is a last day of ramadhan. I cant help myself from crying.

Monday, July 13, 2015

Tingkatan Enam ( Part 1 )

                                                        AYUUH MASUK FORM 6!!

TINGKATAN ENAM ( PART 1 )

Hi korang, so harini aku nak borak pasal tingkatan enam. Kenapa tingkatan enam? sebab aku merupakan bekas pelajar tingkatan enam. Sekolah mana tu rahsia lah. 

Disebabkan keputusan spm dah keluar dan ada yang dah dapat tawaran masuk ke tingkatan enam tapi masih ragu ragu untuk ke tingkatan enam so dkt sini aku nak share pengalaman aku sendiri. Korang baca dan cuba nilai sendiri okay? 

Tapi aku nak ingatkan mana mana korang nak pergi lepas spm terpulang. Asalkan korang sambung belajar. Tak kiralah dkt mana sekali pun korang nak sambung lepas ni,nak sambung form 6 ke matrik ke diploma ke asasi ke atau pun dkt mana mana ipts tu terpulang. Asalkan korang belajar. Betul? 



Ayuh kita borak santai pasal tingkatan enam ni.

Berapa lama nak sambung tingkatan enam ni?

Tingkatan enam ni tempoh pengajian dia hanya setahun setengah. Korang start dalam bulan lima dan habis bulan 12 tahun berikutnya. Untuk sambung ke ijazah biasanya mula daftar dalam bulan sept. so korang ada dalam SEMBILAN BULAN untuk chill cari kerja, menganggur masa tunggu panggilan ijazah tu. Korang boleh lah kerja cari duit sikit untuk degree nanti kang taklah beban sgt mak ayah korang nanti. Dah boleh tampung sikit duit masa ijazah. 

Alahh tingkatan enam ni pakai baju sekolah......

SALAH! Korang dah silap sebab tingkatan enam dah boleh pakai baju bebas selain baju sekolah. Macam dekat universiti jugak lah. Macam sekolah aku bebas pakai baju apa apa pun tapi mestilah sopan dan menutup aurat sis bro sekalian. Ni salah satu cara nak tarik anak muda mcm korang dan aku masuk ke tingkatan enam ni.

Sistem belajar macam mana ya?

Sistem tingkatan enam dah berubah. Dah ikut macam dekat universiti jugaklah ada semester semester ni. Dulu ko hafal hafal dan tup tup next year tu terus STPM, tapi tu dulu. Tingkatan enam hanya ada tiga semester je. belajar dalam enam bulan lepastu ada final yang dikenali sebagai STPM 1,2 dan 3. Nanti result korang ni dicampur lepastu dapatlah total result dalam bulan tiga. Dan yang menarik korang boleh repeat paper kalau tak puas hati dgn result. Agak agak nak cantik result repeat kalau takk nak ye udah diam duduk dkt tepi tiang tu. Macam aku aku repeat. Cikgu aku pun galakkan sbb repeat STPM ni tak sama dgn dekat Universiti. Kita repeat sbb nak cantikkan result. Tu je. Contoh, Bm kau dpt B dan kau nak naikkan ke A maka kau repeat jelah. Kalau Bm kau dpt D which is gagal kau pun mmg diwajibkan me-repeat untuk cantikkan result masa bulan tiga nanti.

Tapi nanti tak berkembang otak asyik berkepit dengan cikgu je....

Bagi aku berkepit dengan cikgu tak salah. Kenapa? okay ikut pengalaman aku sendiri masa form 6 aku memang berkepit dengan cikgu. Aku ni jenis yang tak berkeyakinan so cikgu aku selalu ajar aku nak yakin untuk buat presentation dkt depan. Nanti korang akan ada PBS tu kira macam assignment korang lah dan wajib buat presentation so dengan adanya cikgu dorang akan tunjuk dkt korang cara nak present macam mana. So korang dpt lah pengalaman, kang dkt Universiti takdelah blur sgt masa nak present.

Dan nanti korang akan ada MPP ni dkt U pun ada. Bezanya kalau dekat sekolah korang dah join MPP atleast korang dah ada pengalaman dan akan membantu korang bila masuk U nanti. Sebab dekat sekolah cikgu akan ajar korang even orang slow macam mana pun asalkan kau ada semangat nak belajar cikgu akan ajar kau. Senior aku dulu dia join MPP bila dah masuk degree dia dapat jadi MPP dkt Unimas. Dia cakap pengalaman masa dekat sekolah sangat membantu dia. 

Tingkatan enam boleh dapat pinjaman tak?

Setahu aku tiada. Tapi biasiswa ada. Ada kawan aku dapat biasiswa sebab result dia gempak. So masa PBS tu duit dia guna duit biasiswa tu je. Dan kawan aku ni tak mohon. Dia memang automatik dapat biasiswa tu. Form 6 ni dia tak guna banyak duit mcm dekat U. Korang bayangkan korang pinjam PTPTN dan dah habis study korang mestilah nak sambung Ijazah lepastu Ijazah pun pinjam PTPTN. So lepas grade je memang banyak lah hutang yang menanti korang. Kalau masuk Form 6 korang memang confirm lah takde hutang dan kalau nak pinjam PTPTN pun boleh buat masa Ijazah so memang takdelah banyak sgt hutang korang tu. Kiranya Form 6 ni menjimatkan dan tak membuatkan korang berhutang teruk sangat. Betul?

Nanti masa Ijazah lepasan STPM memang 4 tahun ke tempoh pengajian?

Okay yang ni banyak sangat dah aku dengar. Sebenarnya tak. Ikut course yang korang ambik. Kalau korang ambik pendidikan memang lah 4 tahun. Tu normal. Ada setengah course yang 3 tahun dan lebih. Sebelum apply korang check dulu pasal course dekat U yang korang nak tu dekat laman web rasmi dorang. Dekat situ biasa dia akan bagi details pasal course yang korang nak mintak tu.


Tips UPU....

Lepas dah habis STPM dan result dah keluar korang apply lah UPU dengan bijak. Ikut result korang. Kalau yang paling tinggi subjek Geografi korang apply lah dekat UPU tu course yang ada kaitan dengan Geografi. Itu lebih mudah. Orang selalu cakap apply ikut minat, tapi kalau yang korang minat tu orang tak layak pun tak boleh jugak, betul? Tips UPU ni aku akan terangkan secara details dalam entry akan datang. Okay?



Tingkatan enam antara jalan yang agak mudah untuk masuk ijazah di ipta. Ramai senior aku dan yang sama batch dengan aku termasuklah aku, dah sambung ijazah dalam bidang masing masing. Sebenarnya mana mana pun okay nak masuk ipta ke ipts ke tingkatan enam ke asalkan korang sambung belajar. Bagi semangat dekat orang lain dan jangan lah merendah rendahkan institusi pendidikan yang lain. Semua tempat belajar ada baik dan buruknya. All the best korang. Buat solat istikrah kalau ragu ragu nak pergi mana.

Adios.








Friday, July 3, 2015

TINGKATAN ENAM ( PART 2 )

TINGKATAN ENAM.



Image result for tingkatan 6
IMAGE EHSAN GOOGLE

Pada hari yang memang cukup indah ni saya (unknown) nak sambung story pasal form 6. Tapi kali ni nak cerita pengalaman aku dan tanggapan orang terhadap tingkatan enam ni. 

Tahniah kepada yang dapat result gempak. Dan kepada yang tak berjaya tu JANGAN MENGALAH Sebab kenapa? Meh sini nak selitkan kisah kehidupan one of my uncle yang dulunya FAILED SPM. I REPEAT AGAIN FAILED SPM. After my uncle failed dia ambik balik spm dan masuk timgkatan enam. And he keep going study study study sampailah sekarang dia merupakan salah seorang pensyarah di one of the IPTA's yang ada di Malaysia ni. So point dia sekarang jangan rasa rendah diri sebab kau pernah gagal spm ke or even stpm sebab semua orang pernah buat Mistakes. Tapi yang membezakan engko dan mereka yang gagal tu ialah hows you handle the mistakes tu sendiri. MOVE ON babe. Kalau tak memang akan membelengu ko FOREVER.

Okay kita tutup cerita tadi now lets talk about form 6 pulak. KENAPA FORM 6? Sebab utama dia aku jugak merupakan graduan STPM. Tahun bila tu kita borak di lain hari. Sebenarnya lepas habis SPM banyak IPTA yang menawarkan peluang untuk korang further study. IPTS pun banyak jugak. Cuma yang membezakan antara dua ni persaingan dan yuran. IPTA murah IPTS mahal IPTA persaingan memang ya ampun lah kan. Dan IPTS persaingan nak masuk tu kurang. Tapi bagi pendapat aku sendiri dua dua ni okay je. As long as kau nak sambung belajar nak gain more knowledge apa salahnya. 

Betul?

Tingkatan enam ni majoriti terutamanya orang Melayu, fikir tempat ni macam untuk orang yang bodoh dan lembap. Haaa kasar bunyi tu kan? Sebenarnya aku cakap macam ni berdasarkan kenangan tawar aku sendiri. WHY? sebab masa aku mula mula buat keputusan nak masuk tingkatan enam semua bantah. Terutamanya my makciks, membe parents aku dan yang sewaktu dengannya. Ayat seperti " Form 6 ni takleh pergi mana" " Janganlah masuk membazir waktu je" " Masuk form 6 ni sebab tak dapat u ke? Spm tak okay ya? " " Alah form 6 je? "

Sejujurnya aku agak kecewa dengan ayat ayat ni. Tapi sebab yang bercakap ni mostly orang yang berusia jadi aku pun cuma senyum hormat jelah. Pemikiran macam ni sepatutnya tak patut ada. Macam aku sendiri, aku dulu pelajar aliran sains masa SPM dan aku decide untuk masuk form 6 dan ambik jurusan sastera sebab pilihan aku sendiri. Aku dapat UPU ( tawaran ke IPTA ) tapi aku tolak. Bukan sebab tak dapat UPU atau sebab result SPM aku teruk. NO, BIG NO. Sebab pilihan sendiri. 

Kenapa ko ambik form 6 walaupun telah dikencam hebat oleh orang ramai?

Sebab utama kenapa aku ambik form 6 ialah sebab yuran murah. Murah babe. Sama macam yuran budak budak sekolah lain. Tempat lain dapat macam ni? Takde. Yang kedua korang masih lagi stay dengan family kalau masuk form 6. Makan, minum semua keluarga tanggung. Takyah nak fikir " kena jimat ni kang makan meggi aku sebulan ni " Dan yang kedua ko takyah nak fikir nak pinjam MARA lah PTPTN lah. Sebab lepas STPM korang akan lompat ke alam Ijazah. So, kalau nak pinjam semua tu tunggulah masa Ijazah nanti. Kalau Diploma dah pinjam PTPTN Ijazah pun nak pinjam jugak memang botaklah kepala aku nak membayar balik. Kan best kalau ada FREE EDUCATION... #eh

Form 6 ni jugak singkat je masa dia setahun setengah. Sementara nak tunggu Ijazah korang ada 9 months untuk rehat babe. Korang boleh lah kerja kumpul duit untuk Ijazah masa tu. Takdelah korang nak harapkan parents korang je boleh guna duit sendiri tampung apa yang perlu. 

Sejujurnya aku ni seorang yang pemalu terutamanya nak bercakap dekat depan. Tapi bila masuk form 6 ni aku belajar cara nak present depan guru masa PBS. Aku belajar nak uruskan masa. Aku belajar macam mana nak jadi pemimpin sebab nanti korang ada MPP. Dan MPP ni dalam kalangan kau je. Biasa cikgu akan ajar korang macam mana. Dan bila dah masuk universiti nanti mudah sebab korang dah ada pengalaman. 

Entry aku kali ni mungkin macam ulang ulang je dengan entry yang sebelum ni. Maaf lah ya. 

Walau apa pun aku nak highlight kan dekat ni bahawasanya kau nak study dekat mana mana pun boleh dan aku galakkan dekat form 6 lah sebab aku ex form 6 tapi kalau tak nak takpe tak perlu condemn. Mana mana tempat belajar semua the best kalau tak the best takdenya wujud tempat pengajian tersebut ni Malaysia.

Betul? 

Last but not least aku nak mintak maaf kalau bahasa aku agak pasar dan grammar aku agak hancur. Aku masih belajar. 


Adios.