Kenapa aku tertiba nak tulis pasal ni sebab tajuk ni memang dekat benar dengan jiwa aku. Tapi korang jangan terpedaya, aku tulis topic ni bukan sebab nak bagi tips tapi just nak borak santai je.
Sebagai seorang Melayu. Yang dah memang sebati dalam jiwa dan nurani untuk berbahasa sahaja sama ada di rumah mahu pun di sekolah. Atau di surau mahu pun di pasar pagi petang dan malam. Nak ber-English english memang payah. Lagi lagi bila kau try nak bermonolog dalam English orang dengar dan gelak.
YES gelak ya gelak. Berdasarkan pengalaman aku sendiri aku pernah diketawakan dengan jayanya oleh makhluk Allah yang namanya dirahsiakan kerana niat nurani aku ni. Sampaikan aku rasa down gila nak mati (rasa je ok rasa je) sampaikan aku rasa aku nak speaking jawa je mulai dari harini! Sampaikan aku mula mencari cari nama dalang yang mencipta bahasa English sebab nak tanya kenapa? dan kenapa?
Begitu hebatnya penangan tersebut. Sampai lah one day aku dan family aku pergi travel ke London. Biasalah pergi sana bahasa utama English lah! Mak aiii. Nervous gila ni. Aku pun cuma bergantung harap dekat Mak aku jelah. Nak harapkan ayah aku, ayah aku tak follow sebab ada kerja dekat Canada.
Masa tu aku stay dekat Center Park Hotel area Hyde Park lah jugak, satu hari tu aku tetiba nak wifi free. Sebab dalam bilik dapat je wifi tapi engko kena bayar lah. Sebabkan mak aku miskin termasuklah aku so kitorang decided kalau engko nak ber-whatsapp ke apa terjun lah ke lobby hotel, Sebab situ je free.
Dan satu hari mak aku tertiba ngantuk nak ngorok dekat bilik. Aku pulak nak wifi. Disebabkan tekanan perasaan yang mendalam aku nekad jugak lah pergi lobby sorang sorang tanpa ditemani jurubahasa aku tu. Aku pun turun. Masa tu sikit je orang dan aku ambik tempat paling tersorok sebab tak nak ada Mat Saleh tegur aku.
Tetiba ada pasangan husband and wife tegur aku. Dia tanya "where you come from" pehhhh simple question tapi bila kau dah nervous so agak gagap tapi aku jawab jugak lah "Im from Malaysia" dan start dari tu kitorang borak borak kejap. Walaupun aku guna Broken English masa memula tu Minah dan Mat Saleh tu tak gelakkan pun. Dorang steady je dengar story aku. dan start dari situ aku mula gain more confidence nak talk in English.
Point dia sekarang bukan nak cerita pasal Minah or Mat saleh tu ataupun kisah aku travel pergi London tapi point yang aku cuba nak sampaikan perbezaan orang sana sendiri dengan kita orang Melayu. Mostly orang Melayu yang aku jumpa suka gelakkan orang lain everytime orang tu pronounce salah ke grammar salah ke. Tak patut begitu. Tahukah anda sikap anda tersebut menghasilkan orang macam saya? Macam saya sebelum bertemu dua pasangan Saleh tersebut? instead of korang gelak or merendah rendahkan mereka ni ada baiknya korang betulkan apa yang salah and encourage dorang untuk speak english more.
Betul?
Untuk korang yang macam aku dekat luar sana. Jangan rasa rendah diri. Cakap je English walaupun grammar kau hancus. Orang nak gelak? biarkan. Sebab hidup kau kau yang tentukan. Ketahuilah mereka hanya rakyat Malaysia yang berfikiran minda kelas ketiga sahaja.
Kalau nak gain more confidence dan korang rasa aku kurang membantu korang boleh search dekat youtube AIMAN AZLAN. Go and watch all his vids. Memang membantu untuk orang macam aku dan korang semua ni utk dapatkan balik keyakinan.
ADIOS.
No comments:
Post a Comment
Sapa Tengok je Tapi Tak Comment Dia Busuk