Wednesday, July 1, 2015

Ramadhan

RAMADHAN

Ramadhan datang lagi. Pejam celik it almost two weeks since the first Ramadhan. Pernah tak korang rasa sayang sangat dekat bulan ni sampaikan rasa macam boleh tak masa berhenti kejap sebab nak nikmati saat ni kalau boleh forever.

Macam aku family aku semua busy. Kitorang jarang spent time together since semua dah besar. Tak, dorang je busy aku pulak mereput dekat rumah. So boleh dikatakan Ramadhan ni memberi sinar lah dekat aku. Sebab masa Ramadhan ni jelah semua ada sebab untuk ada dekat rumah. Iftar dan sahur sama sama. Aku sendiri pun mengagahkan diri untuk bersahur sebab fikir ni jelah peluang aku ada untuk spent quality time dengan family aku. Aku berani bet mesti ada jugak rakyat muda belia dekat Malesia ni yang merasakan benda yang samakan?

Dengar, Lagu apa ni? It is Ramadhan by Mishary Rashid. Sedap kan?

Masa mula mula dengar tak silap masa tahun 2013 kot. Mengelabah cari dekat Mr Google. Lepas dah jumpa boleh kata setiap hari jugak lah dengar lagu ni. Lagi lagi dengar masa bukan bulan Ramadhan, MasyaAllah rindunya. Rindu.

Dah bulan Ramadhan ni jangan ponteng puasa pulak. Masa aku kecik sampai besar aku tak pernah ponteng. Dulu ayah aku selalu pesan " Ko kalau nak duit raya boleh tapi puasa kena penuh"
Maka aku pun gigih lah berpuasa. Dapatlah rm10 macam tu. Tapi masa tu nilai dia bagi aku macam dapat rm100 cash! Masa tu family aku susah. Pergi sekolah pun bawak lebih dari singgit tu memang dah kaya sangat lah tu.

Membe aku pulak tiap kali Ramadhan mesti cakap " Ko ni Ramadhan dah datang ko bila nak kena ikat? "Ayat ayat yang lebih kurang gitu mesti kedengaran. Nak kata aku ayah satan lah tu sebab boleh terlepas daripada ikatan. Aku biasanya memberi senyuman sinis sahaja. Aku berani bet korang pun mesti ada membe tak berjenis gini kan?

Dan setiap kali Ramadhan paling sinonim lah BAZAAR. Rakyat Malesia ni memang kuat makan. Aku tahu lama dah. Aku pernah tanya bibik aku dekat Indonesia ada tak bazaar. Nak tahu apa jawab dia? " Tak ada....sini aja ada" Haaaa seeeee? Tapi sebenarnya bazaar nilah yang memeriahkan suasana dan rasa macam nak ber-food hunting je. Tapi sebab aku miskin dan masih bergantung kepada parents so aku sedar diri dan hanya makan meggi je tiap kali iftar #eh

Dan tiap kali Ramadhan kita akan disajikan dengan salam salam perantaun dekat news paper. Aku ada satu habit iaitu aku akan kerat artikel salam salam perantau ni dan berangan aku one of them. Berangan je mampu. Teringin jugak nak study dkt overseas tapi apakan daya takde sapa nak taja.

Tu jelah,

ADIOS.


No comments:

Post a Comment

Sapa Tengok je Tapi Tak Comment Dia Busuk